BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 8, 2011

asal Usul Sungai Air Tawar ni???


Kampung Sungai Air Tawar mula diterokai pada awal tahun
1918 dari kelompok kecil peneroka yang datang
dari Bagan Datoh, Perak. Dengan tujuan membuka
satu penempatan baru untuk pertanian ketika itu
bersesuaian dengan keadaan geografinya
yang rata, lembap dan sedikit berpaya.
Hutan dan belukar ditebang dan kerja-kerja
membersih kawasan dijalankan dan dipelopori
oleh Pak Bolkin.

Pada tahun 1920, tanah yang diterokai ini
ditanam dengan tanaman padi tahun secara
besar-besaran yang diketuai oleh
Tuan Haji Abdul Rahman B Haji Ehsan.
Maka wujudlah sebuah perkampungan.
Nama "Sungai Air Tawar" diambil sempena
nama sebatang sungai yang terdapat di situ.
Di mana airnya yang mengalir ke Sungai bernam
ini tawar (tidak masin).

Profil Kampung Sungai Air Tawar

Nama      
 Kampung Sungai Air Tawar
Mukim       
Sungai Air Tawar
Daerah       
Sabak Bernam
Negeri      
Selangor Darul Ehsan
Taraf Kampung
Kampung Tradisional
Ketua Kampung
Tn Hj Darmin Bin Lagiman
Penghulu
En Naimuddin B Hj Mohd Tapii

Kedudukan Kampung
Kampung Sungai Air Tawar terletak bersempadankan

Utara
Sungai Bernam
Timur
Kampung Perenggan
Selatan
Kampung Sungai Tengar Utara
Barat
Ladang Sungai Bernam


Pentadbiran dan Kawalan

Mukim
Sungai Air Tawar
Daerah
Sabak Bernam
Negeri
Selangor Darul Ehsan
Kawasan DUN
Sungai Air Tawar
Kawasan Parlimen
Sabak Bernam
Balai Polis
Sungai Air Tawar

Keluasan Kampung

Keluasan Kampung Sungai Air Tawar ialah kira-kira 4.5 batu persegi.

Maklumat Penduduk

Melayu
2,596 orang
Cina
177 orang
India
107 orang

JUMLAH 2,880 orang



Prasarana (Kemudahan Asas)

1.  Sekolah Kebangsaan                      
2.  Sekolah Rendah Agama               
3.  Sekolah Jenis Kebangsaan               
4.  Klinik Kesihatan                               
5.  Pejabat Pos                                  
6.  Masjid                                               
7.  Surau                                              
8.  Balai Raya                                       
9.  Pejabat Kecil Barat Laut Selangor     
10. Tenaga Nasional berhad               
11. Pusat Internet Desa                      
12. Telekom Malaysia Berhad               
13. Pusat Pertumbuhan Desa               
14. Balai Polis                                       
15. Dewan Orang Ramai                       
16. Bilik Gerakan JKKK                       







2 comments:

  1. thankz for the info

    ReplyDelete
  2. Tuan Haji Abdul Rahman B Haji Ehsan adalah moyang sy sendiri.

    Beliau yg mengetuai penerokaan penempatan baru itu telah di lantik menjadi Pak Lurah (penghulu).
    Masjid sungai Air Tawar, Masjid Ar-Rohmaniyyah juga dinamakan sempena nama beliau.

    ReplyDelete